Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Lelaki Seksa Kucing Direman Esok

Published: 20 Jun 2022 1.54 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sungai Petani, 20 Jun 2022 - Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyeksa dan menendang kucing di hadapan sebuah kedai di Semeling, dekat sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-lelaki-seksa-kucing-direman-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:19 MYT
Sungai Petani, 20 Jun 2022 - Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyeksa dan menendang kucing di hadapan sebuah kedai di Semeling, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata, suspek berusia 20-an itu akan direman di mahkamah esok.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah suspek turut menemui bangkai kucing namun ia didapati bukan haiwan diseksa suspek seperti tular di media sosial sebelum ini.
"Siasatan mendapati kucing yang diseksa suspek dalam video yang tular sebelum ini sudah diambil Jabatan Veterinar," katanya ketika dihubungi.

Dalam rakaman video yang tular hari ini kelihatan seorang lelaki yang memandu Perodua Bezza putih melakukan kekejaman terhadap dua ekor kucing di hadapan sebuah kedai.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-seksa-kucing...

Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 20 Jun 2022 1.54 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM