
Artikel
19 Pegawai Dan Anggota Pdrm Tamat Kursus Asas Penyelam Tempur Utk
Seramai 19 pegawai kanan dan anggota dari pelbagai pangkat hari ini melakar sejarah kerjaya masing-masing apabila berjaya menamatkan kursus asas penyelam tempu...
Kuala Terengganu, 20 Jun 2022 - Seramai 19 pegawai kanan dan anggota dari pelbagai pangkat hari ini melakar sejarah kerjaya masing-masing apabila berjaya menamatkan kursus asas penyelam tempur Unit Tindakhas (UTK) untuk siri 1 bagi tahun 2022.
Kesemua yang berjaya telah membuktikan diri mereka layak selepas menjalani latihan penuh mencabar selama sebulan di mana ia turut disertai oleh Pegawai Kanan Polis dari Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah yang pertama kali menyertai kursus asas berkenaan.
Penganugerahan sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain di Markas Taktikal Laut UTK, Pulau Bidong, Terengganu, dekat sini.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penganugerahan beret kehormat, lencana kehormat sniper dan penyelam tempur UTK kepada Tan Sri Razarudin yang disampaikan oleh Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan) Bukit Aman, CP Dato' Kasuahdi Ali, Ketua Polis negeri, DCP Dato' Rohaimi Md Isa, Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Adzli Abu Shah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, SAC Hj. Ghazali Hj. Daud dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Tuan Hj. Muhamad Azmi Ngah.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar
































































