Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Unit Dron Pdrm Bantu Lancarkan Aliran Trafik Kpn

Published: 06 May 2022 12.33 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 6 Mei 2022 - Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara yang turut terbabit dalam memastikan kelancaran aliran trafik semasa musim perayaan khususnya dalam Op Selamat 18 ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-unit-dron-pdrm-bantu-lancarkan-aliran-trafik-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:38 MYT
Kuala Lumpur, 6 Mei 2022 - Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara yang turut terbabit dalam memastikan kelancaran aliran trafik semasa musim perayaan khususnya dalam Op Selamat 18 ini. Pegawai dan anggota Unit Dron PGU ini menjalankan tugas pemantauan dari udara di lokasi panas yang dijangkakan akan mengalami kesesakan. Tumpuan utama pemantauan oleh Unit Dron ini merangkumi lebuh raya, jalan bandaran dan jalan persekutuan di seluruh negara. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pelaksanaan tugas Unit Dron ini diatur gerak bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam Op Selamat. "Teknologi dron memberikan impak positif dalam JSPT memantau secara “real time” untuk mengambil tindakan segera terutamanya jika berlaku sebarang halangan di lebuh raya yang merisikokan pengguna jalan raya lain. "Maklumat hasil pemantauan oleh Unit Dron membolehkan elemen PDRM khususnya JSPT dapat digerakkan di lapangan bagi memastikan beban aliran trafik dikurangkan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../unit-dron-pdrm-bantu...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Unit Dron Pdrm Bantu Lancarkan Aliran Trafik Kpn
ArticlePublished 06 May 2022 12.33 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM