Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Misi Everest Pendaki Keluarga Malaysia Jalani Latihan Ice Climbing Di Khumbu Icefall

Diterbitkan: 06 May 2022 2.13 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pasukan pendaki Keluarga Malaysia yang membawa Misi Malaysia Everest 2022 hari ini telah menjalani latihan “Ice Climbing” dan “Ladder Cross” di Khumbu Icefall yang merupakan laluan utama para pendaki sebelum menuju ke Everest Base Camp.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-misi-everest-pendaki-keluarga-malaysia-jalani-latihan-ice-climbing-di-khumbu-icefall
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT
Pasukan pendaki Keluarga Malaysia yang membawa Misi Malaysia Everest 2022 hari ini telah menjalani latihan “Ice Climbing” dan “Ladder Cross” di Khumbu Icefall yang merupakan laluan utama para pendaki sebelum menuju ke Everest Base Camp. Turut serta dalam misi menawan puncak tertinggi di dunia ini adalah tiga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari unit elit 69 Komando Pasukan Gerakan Khas iaitu Inspektor Kanang Anak Usin, Koperal Pragash Murugesu dan Lans Koperal Mohamad Hanif Che Ahmad. Mereka bersama beberapa pendaki lain dari pelbagai latar belakang etnik dalam negara sedang menjayakan Program Pendakian Keluarga Malaysia Everest 2022 yang dijangka berakhir bulan Jun depan. Seluruh warga PDRM sentiasa mendoakan kejayaan dan keselamatan buat ketiga-tiga warga Pasukan yang menyertai ekspedisi kali ini. Selamat maju jaya buat wira-wira Pasukan!
ArtikelDiterbitkan 06 May 2022 2.13 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM