Artikel
Artikel Pilihan Tumpu Usaha Sar Dulu Selepas Itu Siasatan Kpn
Hulu Selangor, 17 Disember 2022 - Siasatan terhadap pengurus yang mengendalikan tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, akan dilakukan...
Hulu Selangor, 17 Disember 2022 - Siasatan terhadap pengurus yang mengendalikan tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, akan dilakukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di lokasi itu berakhir.
Beliau berkata, untuk peringkat awal, pihak polis akan mengambil keterangan daripada pengurus lelaki terbabit.
"Sepatutnya, dia tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, hari ini. Namun, dia memohon maaf kerana belum hadir disebabkan IPD terletak jauh dari lokasi dia berada, dan akan tiba dalam masa terdekat.
"Siasatan kes ini juga akan dilaksanakan selepas segala maklumat diperoleh," katanya yang melawat lokasi kejadian kira-kira jam 5.20 petang tadi.
