Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Suka Kejar Wanita Sambil Berbogel

Diterbitkan: 19 Dec 2022 4.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 19 Disember 2022 – Penduduk sebuah pangsapuri di Taman Metropolitan, Kepong di sini, hidup dalam ketakutan susulan kejadian serangan bersiri lelaki gila seks terhadap penghuni wanita dan kanak-kanak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-suka-kejar-wanita-sambil-berbogel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:04 MYT
Kuala Lumpur, 19 Disember 2022 – Penduduk sebuah pangsapuri di Taman Metropolitan, Kepong di sini, hidup dalam ketakutan susulan kejadian serangan bersiri lelaki gila seks terhadap penghuni wanita dan kanak-kanak.

Suspek lelaki tempatan itu dikatakan gemar berbogel dan mengejar mangsa yang keluar dari lif sebelum mencabul kehormatan mangsa.

Sehingga kini empat wanita termasuk kanak-kanak perempuan menjadi mangsa serangan lelaki berusia 24 tahun terbabit yang berkerja sebagai pembantu restoran.
Kejadian pertama dilaporkan berlaku jam 1.30 pagi, 19 Oktober lalu membabitkan mangsa berusia 26 tahun yang dikejar suspek ketika menaiki lif untuk ke kediamannya di tingkat 25 pangsapuri itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, sebaik mangsa sampai di tingkat 25 dan berjalan menuju ke unit rumahnya, suspek tiba-tiba muncul dan berlari mengejar mangsa dalam keadaan tidak berseluar.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 19 Dec 2022 4.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM