Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tumpu Usaha Sar Dulu Selepas Itu Siasatan Kpn

Published: 19 Dec 2022 4.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Hulu Selangor, 17 Disember 2022 - Siasatan terhadap pengurus yang mengendalikan tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, akan dilakukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di lokasi itu berakhir.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tumpu-usaha-sar-dulu-selepas-itu-siasatan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:31 MYT
Hulu Selangor, 17 Disember 2022 - Siasatan terhadap pengurus yang mengendalikan tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, akan dilakukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di lokasi itu berakhir.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, berkata tumpuan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini ialah usaha mencari dan menyelamat SAR baki sembilan mangsa yang masih hilang dalam insiden berkenaan.

Beliau berkata, untuk peringkat awal, pihak polis akan mengambil keterangan daripada pengurus lelaki terbabit.

"Sepatutnya, dia tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, hari ini. Namun, dia memohon maaf kerana belum hadir disebabkan IPD terletak jauh dari lokasi dia berada, dan akan tiba dalam masa terdekat.

"Siasatan kes ini juga akan dilaksanakan selepas segala maklumat diperoleh," katanya yang melawat lokasi kejadian kira-kira jam 5.20 petang tadi.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../tumpu-usaha-sar-dulu...

ArticlePublished 19 Dec 2022 4.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM