
Artikel
Artikel Pilihan Tanda Positif Penurunan Paras Air Di Johor
Muar, 27 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan pemantauan udara mendapati tiga daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang dan Muar yang terjejas t...
Muar, 27 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan pemantauan udara mendapati tiga daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang dan Muar yang terjejas teruk dilanda banjir kini menunjukkan corak paras air yang menurun, hari ini.
"Di Kluang misalnya, kawasan sekitar di Kampung Contoh dan kawasan perkampungan Orang Asli menunjukkan tanda-tanda air surut namun di sesetengah kawasan seperti Bukit Kepong, Muar kita dapati keadaan air bagaimanapun masih tinggi dan tidak stabil," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai membuat pemantauan udara situasi banjir di Johor di Kem Batalion 6 Pasukan Gerakan Am, Bakri, di sini, hari ini.
Sementara itu, Dato' Muhammad berkata khidmat helikopter Pasukan Gerakan Udara PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah digunakan bagi menghantar bantuan bekalan makanan ke kawasan padalaman yang terputus laluan darat tengah hari tadi.
Kredit gambar dan video: Pasukan Gerakan Udara PDRM Pangkalan Semenanjung