
Artikel
Posting Pilihan Penipuan Pekerjaan Kemboja Mohon Maklumat Disalur Melalui Pdrm Dan Kedutaan
Sepang, 27 Januari 2023 - Pihak berkuasa Kemboja memohon agar maklumat mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di negara i...
Sepang, 27 Januari 2023 - Pihak berkuasa Kemboja memohon agar maklumat mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di negara itu disalurkan kepada Kedutaan Malaysia di sana atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja untuk memudahkan kerja-kerja menyelamat.
Beliau berkata persetujuan berkenaan dicapai hasil perbincangan pihak berkuasa Kemboja dengan rombongan lawatan empat hari delegasi PDRM dan Kementerian Luar ke Kemboja yang diketuainya bermula 24 Januari lepas.
"Melalui perbincangan dengan pihak berkuasa Kemboja didapati maklumat yang disalurkan oleh NGO telah mengganggu proses menyelamat kerana mangsa telah dibawa lari oleh sindiket," katanya dalam sidang media bersama lima mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di Kemboja yang diselamatkan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Sementara itu Dato' Sri Abd Jalil berkata sehingga semalam, PDRM telah menerima 262 laporan polis melibatkan 330 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja yang terkandas di luar negara dengan 218 orang telah diselamatkan, dan usaha membawa pulang bakinya sedang giat dilaksanakan.
Sumber: Polis IPD KLIA dan BERNAMA