Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tanda Positif Penurunan Paras Air Di Johor

Published: 28 Jan 2023 6.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Muar, 27 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan pemantauan udara mendapati tiga daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang dan Muar yang terjejas teruk dilanda banjir kini menunjukkan corak paras air yang menurun, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tanda-positif-penurunan-paras-air-di-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:58 MYT
Muar, 27 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan pemantauan udara mendapati tiga daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang dan Muar yang terjejas teruk dilanda banjir kini menunjukkan corak paras air yang menurun, hari ini.

Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim berkata, kesan-kesan fizikal tanda penurunan air itu dapat dilihat jelas dari udara.

"Di Kluang misalnya, kawasan sekitar di Kampung Contoh dan kawasan perkampungan Orang Asli menunjukkan tanda-tanda air surut namun di sesetengah kawasan seperti Bukit Kepong, Muar kita dapati keadaan air bagaimanapun masih tinggi dan tidak stabil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai membuat pemantauan udara situasi banjir di Johor di Kem Batalion 6 Pasukan Gerakan Am, Bakri, di sini, hari ini.

Sementara itu, Dato' Muhammad berkata khidmat helikopter Pasukan Gerakan Udara PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah digunakan bagi menghantar bantuan bekalan makanan ke kawasan padalaman yang terputus laluan darat tengah hari tadi.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../tanda-positif-penurunan...

Sumber: Berita Harian


May be an image of 6 people, people standing, outdoors and text that says 'K MILIK'

May be an image of 5 people, helicopter, outdoors and text that says 'MALAY 一'

May be an image of 2 people, outdoors, tree and text

May be an image of palm trees and outdoors

May be an image of palm trees and sky

ArticlePublished 28 Jan 2023 6.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM