Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Sindiket Tawar Khidmat Seks Jual Ubat Kuat Di Media Sosial Tumpas

Published: 08 Jun 2024 1.37 AM Updated: 15 Aug 2026 8.09 PM
Kajang, 8 Jun 2024 - Menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp untuk menawarkan perkhidmatan seks antara taktik yang dibongkar susulan tangkapan lima individu dalam serbuan di sebuah premis dekat sini pada Khamis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-sindiket-tawar-khidmat-seks-jual-ubat-kuat-di-media-sosial-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT
Kajang, 8 Jun 2024 - Menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp untuk menawarkan perkhidmatan seks antara taktik yang dibongkar susulan tangkapan lima individu dalam serbuan di sebuah premis dekat sini pada Khamis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek terdiri dua wanita dan tiga lelaki berumur 17 hingga 26 tahun itu dipercayai terlibat dalam kes mempromosikan aktiviti persundalan di laman sosial.

Beliau berkata, sindiket turut bergiat aktif menjual rakaman video lucah dan ubat seks melalui laman media sosial.

"Modus operandi yang digunakan adalah dengan cara mengajak pelanggan untuk melanggan Telegram suspek dengan bayaran sekitar RM450 sehingga RM550 untuk setiap langganan.

"Sindiket kemudiannya menggunakan talian WhatsApp untuk berhubung dengan pelanggan bagi mengatur pengiklanan dan pertemuan serta pembayaran sekiranya pelanggan bersetuju untuk mendapatkan khidmat seks," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../sindiket-tawar-khidmat...

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 08 Jun 2024 1.37 AMUpdated 15 Aug 2026 8.09 PM