Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengebumian Negeri Buat Mendiang Pesara Koperal Etin Jam S P

Diterbitkan: 07 Jun 2024 12.57 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.09 PM
Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata dan timbalannya DCP Datuk Ibrahim Darus serta warga Kontinjen Sarawak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengebumian-negeri-buat-mendiang-pesara-koperal-etin-jam-s-p
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Kuching, 7 Jun 2024 – Jenazah mendiang Pahlawan Negara, pesara Koperal Etin Jam S.P. yang meninggal dunia pada Selasa lalu akibat kanser telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan Kuching, Sarawak dalam satu istiadat pengebumian negeri yang berlangsung di sini, pagi tadi.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata dan timbalannya DCP Datuk Ibrahim Darus serta warga Kontinjen Sarawak. 

Pada Rabu lalu turut diadakan istiadat penghormatan terakhir terhadap mendiang di Dewan Suarah yang dihadiri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj. Openg. 

Mengimbau sorotan penghormatan kepada mendiang, pada 6 Julai 1972 atas jasa pengorbanan dalam Pasukan, mendiang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-5, Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sesungguhnya, jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mendiang akan sentiasa dikenang sepanjang zaman dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat negara serta Pasukan.

Sumber: Polis Sarawak

May be an image of 15 people

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 8 people, ambulance and text

May be an image of 12 people

May be an image of 7 people

May be an image of 6 people, dais and text that says 'OIA DILARANG ADANG MENGAMBIL MENGAMBILGAMBAR GAMBAR 1 हত'

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 5 people

May be an image of 4 people and text that says 'O ค DILAHANG MENGAMBILGAMBAR MENGAMBIL GAMBAR'

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people and dais


ArtikelDiterbitkan 07 Jun 2024 12.57 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.09 PM