Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Sindiket Mula Pening Seludup Dadah Tak Lepas Pjsjn

Diterbitkan: 04 Sep 2020 2.49 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah semakin buntu untuk menyeludup masuk bahan terlarang itu ke negara ini, selepas kawalan dan penguatkuasaan semakin diperketatkan pihak berkuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-sindiket-mula-pening-seludup-dadah-tak-lepas-pjsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:00 MYT

#WarAgainstDrugs

Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah semakin buntu untuk menyeludup masuk bahan terlarang itu ke negara ini, selepas kawalan dan penguatkuasaan semakin diperketatkan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato’ Ramli Din, berkata tangkapan dan rampasan berkuantiti besar dalam tempoh beberapa bulan ini menyebabkan sindiket sama ada jaringan penyeludupan dadah antarabangsa dan tempatan, mula terdesak dan menggunakan pelbagai kaedah.

Terkini, katanya dalam tempoh tiga hari sejak Selasa lalu, empat cubaan membawa masuk dadah jenis syabu, ganja dan pil yaba bernilai lebih RM65 juta melalui Perlis, Kelantan dan Perak ditumpaskan JSJN dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Usaha membawa masuk dadah ke Malaysia amat penting untuk sindiket ini bagi memenuhi permintaan domestik serta negara jiran, dengan Malaysia dijadikan sebagai hab transit.

"Kita percaya mereka (sindiket) terdesak dan terus mencari jalan untuk menyeludup masuk dadah sama ada melalui kawasan sempadan di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan, selain menggunakan laluan perairan," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Bacaan lanjut di pautan akhbar Berita Harian seperti berikut https://www.bharian.com.my/…/sindiket-mula-pening-seludup-d…

Sumber: Berita Harian Online

Artikel Pilihan Sindiket Mula Pening Seludup Dadah Tak Lepas Pjsjn
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2020 2.49 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM