Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Tumpaskan 4 Sindiket Dadah Rm65 Juta Dirampas

Diterbitkan: 04 Sep 2020 1.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Empat sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah ke Malaysia digagalkan dalam empat serbuan berasingan di Kelantan, Perak dan Perlis dalam tempoh tiga hari oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-tumpaskan-4-sindiket-dadah-rm65-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:52 MYT

#WarAgainstDrugs

Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Empat sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah ke Malaysia digagalkan dalam empat serbuan berasingan di Kelantan, Perak dan Perlis dalam tempoh tiga hari oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kelantan mencatatkan kejayaan besar apabila berjaya merampas lebih RM59 juta bekalan dadah jenis Syabu, Ganja dan pil Yaba dalam dua serbuan berasingan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kota Bharu dan Rantau Panjang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato’ Ramli Din, berkata dalam serbuan ke atas satu unit kediaman di Taman Tanjung Chat, Kota Bharu, pasukan JSJN Kelantan menemui lebih 1,200 kilogram (kg) dadah jenis Ganja, lebih 900 kg dadah jenis Syabu dan lebih 11,000 biji pil Yaba dianggarkan bernilai lebih RM42 juta selain sepucuk pistol jenis glock bersama peluru.

"Hasil siasatan susulan membawa kepada serbuan ke atas sebuah rumah di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, yang menyaksikan tangkapan lima lelaki berusia antara 26 hingga 33 tahun dengan semuanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta seorang wanita berusia 25 tahun.

"Selain itu polis turut merampas wang tunai lebih RM180,000 dalam serbuan sama dan pada masa ini siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenalpasti saki-baki rangkaian sindiket itu," katanya ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

Beliau berkata, satu lagi kejayaan Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA), apabila menemui longgokan 22 guni plastik warna putih yang diikat tali rafia di kawasan hutan berhampiran Sungai Golok, sekitar 200 meter dari Pos Sharifah, Rantau Panjang, ketika sedang membuat rondaan pada jam 7.00 pagi semalam.

"Hasil pemeriksaan menemui ketulan kristal dipercayai dadah jenis Syabu seberat lebih 440 kg yang disembunyikan dalam plastik teh cina dianggarkan bernilai lebih RM17 juta dan membawa dadah berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dato’ Ramli berkata, dalam serbuan oleh JSJN, di Perlis, dua beranak dan seorang remaja lelaki ditahan di Felda Rimba Emas, Padang Besar, selepas mengetuai rangkaian sindiket pengedaran dadah Syabu dan Ganja bernilai RM6.58 juta.

Bacaan lanjut di pautan akhbar Berita Harian seperti berikut https://www.bharian.com.my/…/pdrm-tumpaskan-4-sindiket-dada…

Sumber: Berita Harian Online

Artikel Pilihan Pdrm Tumpaskan 4 Sindiket Dadah Rm65 Juta Dirampas
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2020 1.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM