Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Siasatan Kes Zayn Rayyan Melepasi 90 Peratus Potensi Akan Ada Tangkapan Kpn

Published: 09 Jan 2024 1.02 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 9 Januari 2024 - Selepas lebih sebulan pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul sepanjang siasatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-siasatan-kes-zayn-rayyan-melepasi-90-peratus-potensi-akan-ada-tangkapan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
Kuala Lumpur, 9 Januari 2024 - Selepas lebih sebulan pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul sepanjang siasatan.

Ketika ini, siasatan polis sudah melepasi 90 peratus keseluruhan siasatan termasuk dalam elemen forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, langkah ini dibuat susulan hasil siasatan forensik pada masa ini yang dikategorikan berkesudahan secara negatif.

"Tumpuan kita (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah meneliti dan mengkaji semula maklumat risikan yang ada selain mengumpul maklumat-maklumat yang baru.

"Melalui maklumat risikan sedia ada dan hasil siasatan yang sudah dikumpul kita akan mengkaji sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

"Kita juga berkemungkinan akan melakukan tangkapan ke atas suspek yang kita rasakan bertepatan dengan lebih 50 peratus kebarangkalian berdasarkan keterangan" katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../siasatan-kes-zayn-rayyan...

Sumber: Berita Harian

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people and text that says 'BUKIT AMAN POLIS BUKIT AMAN'

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 09 Jan 2024 1.02 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM