Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH EKSEKUTIF SEKRETARIAT ASEANAPOL

Diterbitkan: 09 Jan 2024 10.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 9 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL, Police Brigadier General Zaw Lin Tun dari Myanmar Police Force di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-pengarah-eksekutif-sekretariat-aseanapol-20240109
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:50 MYT
Kuala Lumpur, 9 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL, Police Brigadier General Zaw Lin Tun dari Myanmar Police Force di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Kunjungan itu sebagai tanda terima kasih Police Brigadier General Zaw Lin Tun kepada PDRM sepanjang beliau menggalas jawatan itu bagi penggal 2022 hingga 2023.

Beliau turut memperkenalkan Police Colonel David Martinez Vinluan dari Phillipines National Police sebagai Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL yang baharu bagi penggal seterusnya.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Lim Kwang Keng, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan delegasi Sekretariat ASEANAPOL.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 4 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of ‎2 people, dais and ‎text that says '‎BUKIT AMAN ש PURM‎'‎‎

ArtikelDiterbitkan 09 Jan 2024 10.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM