Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Chegubard Papagomo Antara Individu Dipanggil Bantu Siasatan Langkah Dubai Kpn

Diterbitkan: 09 Jan 2024 1.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 9 Januari 2024 - Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, aktivis yang juga bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo adalah antara individu yang mungkin dipanggil polis untuk membantu siasatan berkaitan 'Langkah Dubai'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-chegubard-papagomo-antara-individu-dipanggil-bantu-siasatan-langkah-dubai-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:12 MYT
Kuala Lumpur, 9 Januari 2024 - Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, aktivis yang juga bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo adalah antara individu yang mungkin dipanggil polis untuk membantu siasatan berkaitan 'Langkah Dubai'.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis menerima 43 laporan polis di seluruh negara berhubung klip video mengenai "aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen".

Katanya, satu kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan tersebut dan suspek utama adalah aktivis politik Raja Petra Kamarudin.

"Suspek ialah Raja Petra yang berada di luar negara. Dia bercakap mengenai kejatuhan kerajaan selama lebih 10 hari.

"Mungkin kita tidak dapat Raja Petra kerana dia berada di Manchester tetapi kita mungkin memanggil Papagomo (Wan Azri), Chegubard, dan (blogger) Salim Iskandar. Ini kerana dia bercakap dalam TikTok live. Ini kita nak tahu," katanya pada sidang media hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../chegubard-papagomo-antara...


May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people and text that says 'kini'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text that says 'BUKIT AMAN BUKIT AMANRM AMAN'

May be an image of 1 person and text that says '☆ RAZARUDIN'
ArtikelDiterbitkan 09 Jan 2024 1.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM