Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Siasatan Kes Gangguan Seksual Babitkan Pegawai Tertinggi Agensi Penguatkuasaan Selesai

Diterbitkan: 30 Nov 2023 10.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah memanggil lima saksi bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang wanita berusia 39 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-siasatan-kes-gangguan-seksual-babitkan-pegawai-tertinggi-agensi-penguatkuasaan-selesai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:30 MYT
Petaling Jaya, 30 November 2023 - Siasatan kes gangguan seksual membabitkan pegawai tertinggi sebuah agensi penguatkuasaan selesai dijalankan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah memanggil lima saksi bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang wanita berusia 39 tahun.

“Pihak polis sudah memanggil lima saksi untuk proses rakaman percakapan selain sudah melengkapkan kertas siasatan,” katanya kepada Buletin TV3 hari ini.

Tambah beliau, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok.

Jelasnya, tiada keperluan untuk memanggil saksi lain dan pihaknya menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Peguam Negara.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.buletintv3.my/.../siasatan-kes-gangguan.../...

Sumber: Buletin TV3


ArtikelDiterbitkan 30 Nov 2023 10.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM