Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Sampaikan Amanat Kepada Warga Polis Sarawak

Diterbitkan: 30 Nov 2023 10.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketibaan beliau telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mancha Anak Ata dan timbalannya, DCP Datuk Ibrahim Darus, seterusnya diiringi menandatangani buku melawat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sampaikan-amanat-kepada-warga-polis-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:22 MYT
Kuching, 30 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menyampaikan amanat kepada warga Polis Kontinjen Sarawak di Dewan Kenyalang, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mancha Anak Ata dan timbalannya, DCP Datuk Ibrahim Darus, seterusnya diiringi menandatangani buku melawat.

Dalam amanatnya, Dato' Sri Ayob menekankan kepentingan integriti dan tatakelola yang baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai mahupun anggota Polis Diraja Malaysia, selain sentiasa menyokong dasar-dasar Pasukan yang diperkenalkan oleh pucuk pimpinan.

Tambah beliau, penerapan nilai-nilai integriti dalam penugasan bukan sahaja dapat melahirkan pegawai serta anggota polis berwibawa, malah meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disampaikan kepada masyarakat.

Dato' Sri Ayob turut menegaskan berkenaan aspek penyeliaan terhadap pegawai dan anggota di bawah seliaan ketua masing-masing dilakukan secara berkala bagi memastikan pematuhan undang-undang serta peraturan sentiasa dipatuhi.

Jelas beliau, bagi menangani isu kelemahan dalam penyeliaan, seluruh warga Kontinjen Sarawak perlu mematuhi Arahan KPN nombor 191 iaitu "Total Enforcement" ke atas Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bertarikh 26 Ogos 2023 tanpa gagal.

Beliau turut memaklumkan mengenai Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang dijangka berfungsi sepenuhnya pada awal tahun hadapan dapat meningkatkan lagi kredibiliti Pasukan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Hadir sama, Komandan PULAPOL Kuching, SAC Zulfikar Mohd Ghazali, barisan ketua jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, ketua polis daerah dan ketua polis balai Kontinjen Sarawak.

Jurugambar: PDRM RMP TV
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 30 Nov 2023 10.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM