Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Selepas 34 Tahun Berkhidmat Dato Zainuddin Bersara Wajib Mulai Isnin Ini

Published: 21 May 2021 12.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 21 Mei - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob, akan bersara wajib bermula Isnin ini selepas 34 tahun menabur bakti dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-selepas-34-tahun-berkhidmat-dato-zainuddin-bersara-wajib-mulai-isnin-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:38 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mei - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob, akan bersara wajib bermula Isnin ini selepas 34 tahun menabur bakti dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman, CP Dato' Mohd Kamarudin memangku jawatan itu berikutan persaraan wajib Dato' Zainuddin Yaacob pada tarikh berkenaan.

Dato' Zainuddin, 60, dilantik sebagai Pengarah JSJK Bukit Aman pada 7 Ogos 2020.
Dilahirkan di Kuala Langat, Selangor, Dato' Zainuddin yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia menyertai PDRM sebagai Kadet ASP pada 5 April 1987 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Polis Daerah Machang, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Timbalan Ketua Polis Perak, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Kedah.

Seluruh warga PDRM mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti Dato' Zainuddin kepada Pasukan selama ini dan semoga berbahagia meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Terima kasih Dato' Zainuddin!

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Selepas 34 Tahun Berkhidmat Dato Zainuddin Bersara Wajib Mulai Isnin Ini
ArticlePublished 21 May 2021 12.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM