Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Remaja Kena Tinggal Diselamatkan Polis

Diterbitkan: 08 May 2022 7.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: Harian Metro
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-remaja-kena-tinggal-diselamatkan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mei 2022 - Polis menyelamatkan remaja lelaki yang ditinggalkan di stesen minyak berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, di sini, malam tadi. Pegawai Turus Penguatkuasa Zon Tengah A, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, ASP Nasyrul Ridzuan Abd Razak berkata, ketika ditemui pada 10 malam di lokasi itu remaja berusia 13 tahun berkenaan dalam terpinga-pinga dan ketakutan. Katanya, ketika ditemubual polis, remaja berkenaan memberitahu dia ditinggalkan oleh jiran yang menumpangkannya.

"Dia dalam keadaan terkejut seperti tidak percaya ditinggalkan di tepi Plaza Tol Duta.
"Budak itu didapati mengikut jiran satu taman perumahannya dengan pada mulanya diberitahu untuk ke kedai," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. "Sementara menunggu waris datang dari Setiawan, kanak-kanak itu diserahkan kepada Balai Polis Hartamas untuk dijaga," katanya. Menurutnya, demi tanggungjawab dan amanah yang dipikul, keselamatan masyarakat sentiasa diutamakan Polis Diraja Malaysia tidak kira di mana berada.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../remaja-kena-tinggal...

Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Remaja Kena Tinggal Diselamatkan Polis
ArtikelDiterbitkan 08 May 2022 7.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM