
Hari ini, pada 8 Mei 1968, akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan Geng Mini Cooper iaitu sebuah kumpulan terdiri daripada lima orang perompak yang mengganas di ibu kota dan di Petaling Jaya berjaya ditumpaskan oleh Polis Selangor.
Kumpulan yang bertanggungjawab terhadap beberapa siri kejadian rompakan telah diberkas dalam satu serbuan di Batu 21/2 Jalan Cheras, Kuala Lumpur.
Polis turut menemui tiga buah kereta bernilai RM30,000 dengan sebuah daripadanya telah dileraikan.
Sumber: Utusan Malaysia