Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Rampasan Dan Sitaan Dadah Capai Jutaan Ringgit Setiap Minggu Timbalan Kpn

Diterbitkan: 15 Jun 2022 5.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain berkata, adalah tidak adil untuk menyatakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melindungi dan bersekongkol dengan sindiket dan kartel dadah sama ada di peringkat antarabangsa dan tempatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-rampasan-dan-sitaan-dadah-capai-jutaan-ringgit-setiap-minggu-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:25 MYT
Kuala Lumpur, 15 Jun 2022 - Nilai rampasan dadah menerusi penguatkuasaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Kontinjen dan Daerah di seluruh negara mencecah jutaan ringgit setiap minggu.

Nilai sitaan harta yang dimiliki oleh sindiket pengedaran, penyeludupan dan pemprosesan dadah yang ada di seluruh negara pula mencecah ratusan juta untuk setiap tahun.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain berkata, adalah tidak adil untuk menyatakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melindungi dan bersekongkol dengan sindiket dan kartel dadah sama ada di peringkat antarabangsa dan tempatan.

"Semasa kepimpinan saya sebelum ini (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik), saya tidak melihat ada 'panglima-panglima perang' (pegawai JSJN) di bawah pentadbiran saya bersekongkol dengan sindiket dadah.

"Malah mereka memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas membanteras elemen penyeludupan, pemprosesan dan pengedaran dadah oleh sindiket dan kartel yang ada," katanya ketika dihubungi wartawan Berita Harian.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../rampasan-sitaan-harta...

Sumber: Berita Harian

Rampasan, sitaan harta dadah capai jutaan ringgit setiap minggu | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 15 Jun 2022 5.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM