
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Ketua Polis Maldives
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Malidives, H.E Commisioner of P...
Kuala Lumpur, 15 Jun 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Malidives, H.E Commisioner of Police Mohamed Hameed di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.
Lawatan tersebut bertujuan membincangkan kerjasama dengan Maldives Police Services, Police Academy dalam bidang latihan dan mewujudkan memorandum persefahaman di antara kedua-dua agensi kepolisan.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Zamri Yahya, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dzaffir Mohd Yussof, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah dan Head of Central Policing Command, Assistant Commisioner of Police Ali Shujau.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin






