Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pru 15 Permohonan Permit Kempen Secara Walkabout Hanya Perlu Mohon Sekali Sahaja Pengarah Jabatan Kdnka

Diterbitkan: 11 Nov 2022 3.02 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 November 2022 - Permohonan permit untuk kempen secara “walkabout” hanya perlu dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh berkempen dalam kawasan yang ditandingi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-permohonan-permit-kempen-secara-walkabout-hanya-perlu-mohon-sekali-sahaja-pengarah-jabatan-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:20 MYT
Kuala Lumpur, 11 November 2022 - Permohonan permit untuk kempen secara “walkabout” hanya perlu dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh berkempen dalam kawasan yang ditandingi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengarah Operasi PRU-15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, perkara di bawah Subseksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5) itu ialah bagi kedua-dua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, jika kawasan ditandingi calon melibatkan dua atau lebih daerah pentadbiran PDRM, permohonan permit hanya perlu dikemukakan di salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berkaitan.

“Permohonan permit ini adalah bagi membolehkan PDRM mengambil langkah-langkah yang perlu, bagi memastikan calon dapat berkempen dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dato’ Sri Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berkata, calon juga perlu memastikan supaya sebarang pertembungan antara parti politik dapat dielakkan serta tiada provokasi lisan atau fizikal timbul semasa program kempen itu berlangsung.

Beliau berkata, Subseksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5) memperuntukkan supaya calon membuat permohonan permit bagi setiap kali penganjuran aktiviti perjumpaan, perhimpunan, pertunjukkan, hiburan atau ucapan awam dan syarahan yang dibuat secara terbuka untuk tujuan kempen semasa pilihan raya.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 11 Nov 2022 3.02 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM