Artikel
Artikel Pilihan Produk Kecantikan Seludup Dari Thailand Dijual Mahal Tanpa Cukai Kelulusan Kkm Kpn
Kota Bharu, 23 Mac 2025 - Trend pempengaruh dan usahawan kosmetik membeli produk kecantikan dari Thailand tanpa cukai serta kelulusan KEMENTERIAN KESIHATAN MAL...
Kota Bharu, 23 Mac 2025 - Trend pempengaruh dan usahawan kosmetik membeli produk kecantikan dari Thailand tanpa cukai serta kelulusan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang semakin berleluasa, didorong oleh perbezaan harga yang ketara di pasaran tempatan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata aktiviti ini bukan perkara baharu, malah semakin membimbangkan dengan banyak rampasan besar-besaran dibuat Pasukan Gerakan Am melibatkan produk kecantikan dan kesihatan yang dibawa masuk secara haram ke Malaysia.
"Pempengaruh (media sosial) dan peniaga kosmetik ini mengambil kesempatan membeli stok murah dari Thailand tanpa cukai, kemudian dijual dengan harga berkali ganda di Malaysia.
"Selain menjejaskan hasil cukai negara, lebih membimbangkan adalah risiko kepada pengguna kerana produk ini tidak menjalani pemeriksaan dan kelulusan KKM," katanya kepada BERNAMA hari ini.
