
Artikel
Kpn Santuni Waris Pesara Polis Di Kamunting
Taiping, 23 Mac 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa mengadakan ziarah kebajikan dengan menyantuni keluarga pesara poli...
Taiping, 23 Mac 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa mengadakan ziarah kebajikan dengan menyantuni keluarga pesara polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping iaitu Allahyarham Koperal Mohamad Nor Md Isa bertempat di kediaman mereka, Taman Kamunting Mutiara, Kamunting, di sini hari ini.
Pada tahun 2012 lalu, Allahyarham Koperal Mohamad Nor terlibat dalam kemalangan bersama isteri dan anak bongsunya Noorhidayah Mohamad Nor ketika itu berumur 22 tahun yang terselamat, manakala Allahyarham Koperal Mohamad Nor dan isterinya meninggal dunia dalam kejadian tersebut.
Noorhidayah yang kini berumur 35 tahun disahkan lumpuh akibat daripada kemalangan berlaku dijaga oleh kakaknya, Noorfarleny Mohamad Nor dan menjalani rawatan susulan setahun sekali bermula pada 24 April 2025 di Neuro Surgeri Hospital Ipoh, Perak.
Turut bersama Tan Sri Razarudin tadi adalah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.
Tan Sri Razarudin dan isteri telah menitipkan doa, kata-kata semangat serta sokongan moral di samping turut menyampaikan sumbangan yang berupa keperluan harian kepada Noorhidayah.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin





