Artikel
Artikel Pilihan Op Selamat 24 Bermula 29 Mac Hampir 7 000 Pegawai Dan Anggota Terlibat
Kuala Lumpur, 23 Mac 2025 - Sebanyak 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April in...
Kuala Lumpur, 23 Mac 2025 - Sebanyak 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata jumlah berkenaan melibatkan 871 pegawai dan 6,086 anggota.
Beliau berkata 25 lokasi “hotspot” atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi “blackspot” yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti dan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memberi bantuan kepada pengguna sekiranya menghadapi kerosakan kenderaan atau kecemasan yang memerlukan perhatian segera.
“JSPT juga telah mengenal pasti 407 lokasi panas dan 76 lokasi hitam melibatkan jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran di seluruh negara bagi memastikan semua pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan terbabit dengan selamat dan selesa,” katanya pada sidang media selepas Program Advokasi Op Selamat 24 Sempena Aidilfitri di sini, hari ini.
