
Article
Artikel Pilihan Prn Mohon Permit Ceramah Prn Lebih Awal Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, mengingatkan wakil parti politik supaya menghantar awal borang permohonan permit mengadakan ceramah dan...
Georgetown, 4 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, mengingatkan wakil parti politik supaya menghantar awal borang permohonan permit mengadakan ceramah dan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Katanya, ia bagi mengelak pertembungan antara satu sama lain dengan permit berkenaan boleh dipohon sebaik sahaja pembubaran dilakukan.
"Kita tidak mahu mana-mana parti apabila minta permit, rupa-rupanya tempat itu sama dengan parti lain," katanya selepas taklimat PRN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, semalam.