
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Ke Johor
Lawatan tersebut bertujuan meninjau pengoperasian polis bantuan yang terdapat di lokasi-lokasi dilawati adalah mengikut prosedur yang ditetapkan selain mengera...
Johor Bahru, 3 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja dan MCC Land Sdn. Bhd., Senai, hari ini.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau pengoperasian polis bantuan yang terdapat di lokasi-lokasi dilawati adalah mengikut prosedur yang ditetapkan selain mengeratkan lagi kerjasama antara Polis Diraja Malaysia. Dalam pada itu, Datuk Aidi turut menyampaikan sijil penubuhan polis bantuan bagi kedua-dua agensi tersebut.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran, Ketua Jabatan JPJKK Kontinjen Johor, SAC Chuah Yong Huat, Naib Cancelor UTHM, Profesor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim dan Manager, Finance Group Property Division MCC Land Sdn. Bhd., Puan Siti Norsuhaily Md Shah.