
Article
Artikel Pilihan Prn Jangan Takut Keluar Mengundi Kpn
Shah Alam, 7 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan suasana sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak akan berlangsung dengan aman dan tente...
Shah Alam, 7 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan suasana sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak akan berlangsung dengan aman dan tenteram.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, masyarakat tidak perlu khuatir dan menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan proses pengundian berjalan dengan teratur dan lancar.
"Anggota dan pegawai terlibat dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas akan memantau lokasi-lokasi “hotspot” yang dikesan sebelum ini bagi menentukan perjalanan PRN berjalan lancar.
"Pemantauan dijalankan bagi memastikan pengundi dapat mengundi dengan teratur dan selamat untuk keluar mengundi, tak perlu takut untuk keluar mengundi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.
Sumber: Sinar Harian