Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Prn Ipk Terengganu Perlu Tambahan Lebih 2 000 Anggota Kawal Keselamatan

Diterbitkan: 13 Jul 2023 1.25 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.20 PM
Kuala Terengganu, 13 Julai 2023 - Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu memerlukan bantuan sumber manusia seramai 2,029 bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-ipk-terengganu-perlu-tambahan-lebih-2-000-anggota-kawal-keselamatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:51 MYT
Kuala Terengganu, 13 Julai 2023 - Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu memerlukan bantuan sumber manusia seramai 2,029 bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata permohonan telah dibuat pentadbiran IPK berkenaan bagi memenuhi keperluan anggota seramai 4,468 yang bakal dikerahkan pada sebelum, semasa dan selepas PRN itu nanti.

"Kita (Bukit Aman) akan selaraskan balik, termasuk minta bantuan dari kontinjen-kontinjen lain yang tidak terlibat dengan PRN untuk bantu... (bagaimanapun) kita lihat juga kepada elemen kos dan sebagainya.

"Mesyuarat akan diadakan untuk bahagikan kekuatan anggota dari Bukit Aman dan IPK lain... memandangkan PRN ini melibatkan enam kontinjen. IPK Terengganu mungkin boleh dapatkan bantuan dari IPK Pahang," katanya.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://prn.bernama.com/news-bm.php?id=2206077

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2023 1.25 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.20 PM