
Artikel
Artikel Pilihan Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas Menteri Besar Kedah Kpn
Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan semalam terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, ber...
Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan semalam terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja), dalam ceramah politiknya baru-baru ini.
“Penyiasatan yang pantas kita lakukan. Sebenarnya tak boleh cepat tetapi kita akan buat siasatan yang mana kita ada pasukan petugas yang akan menyiasat kes berkaitan 3R ini, yang dianggotai seramai 21 pegawai.
“Dalam siasatan kita (berkaitan 3R), daripada 27 Mac (sehingga kini), kita telah buka kertas siasatan berjumlah 61 kes termasuk kes terbaharu melibatkan Menteri Besar Kedah,” katanya dalam Sidang Media Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.