Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Terima Lebih 500 Laporan Berhubung Kes Penipuan Tiga Syarikat Pelaburan

Published: 21 Dec 2023 5.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-terima-lebih-500-laporan-berhubung-kes-penipuan-tiga-syarikat-pelaburan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT
Kuala Lumpur, 21 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata daripada jumlah itu, 42 kertas siasatan masih dalam penyiasatan manakala 14 kes sudah dituduh, empat arahan tiada tindakan lanjut dan dua masih dalam tindakan Pejabat Peguam Negara.

"Semua laporan polis yang didapati mempunyai unsur penipuan atau pecah amanah jenayah akan dibuka kertas siasatan dan disiasat mengikut seksyen berkaitan jenayah itu di bawah Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata bagi kes melibatkan jenayah pelaburan, kebanyakan menjurus kepada peruntukan undang-undang lain antaranya Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) serta Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778).

“Apabila sesuatu laporan polis diterima, JSJK akan menasihatkan pengadu untuk merujuk laporan mereka kepada agensi berkaitan," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Polis Terima Lebih 500 Laporan Berhubung Kes Penipuan Tiga Syarikat Pelaburan
ArticlePublished 21 Dec 2023 5.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM