Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Siasat Video Turunkan Jalur Gemilang Diganti Dengan Bendera Sabah Sarawak

Diterbitkan: 23 Sep 2024 2.22 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September lepas kononnya sebagai simbolik penamatan penjajahan Malaysia ke atas kedua-dua negeri serta menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai republik.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-siasat-video-turunkan-jalur-gemilang-diganti-dengan-bendera-sabah-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:24 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2024 - Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September lepas kononnya sebagai simbolik penamatan penjajahan Malaysia ke atas kedua-dua negeri serta menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai republik.

“Polis menerima 35 laporan mengenai penyebaran video itu dengan 34 daripadanya dibuat di Sabah dan satu di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati video itu ditularkan oleh pemilik akaun media sosial beralamat di Sabah yang memiliki dua rekod jenayah membabitkan Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person and text that says 'PULAPOL KUALALUMPUR KUALA LUMPUR PAAPИ Cech @HAK:MIKKE .) E @HAK MIEIK astro astro WANI ANI'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 11 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2024 2.22 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM