Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan 153 Akaun Berkaitan Gisbh Dengan Nilai Lebih Rm800 00 Dibekukan

Diterbitkan: 23 Sep 2024 2.06 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Razarudin berkata selain itu, sebanyak 38 motokar pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM3.94 juta dan 14 lot hartanah yang nilainya masih dalam siasatan turut disita.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-153-akaun-berkaitan-gisbh-dengan-nilai-lebih-rm800-00-dibekukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:07 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2024 - Sebanyak 153 akaun berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah dibekukan membabitkan wang berjumlah RM882,795.94 setakat ini, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata selain itu, sebanyak 38 motokar pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM3.94 juta dan 14 lot hartanah yang nilainya masih dalam siasatan turut disita.

Tindakan pembekuan dilakukan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) dan penyitaan di bawah Seksyen 45(2) akta sama.

“Sebanyak 26 ekor haiwan terdiri daripada sembilan ekor kuda, 14 ekor arnab dan tiga ekor burung merak, serta wang tunai RM18,650 dan dua jam tangan bernilai RM600 juga dirampas,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of 1 person and text

May be an image of 14 people, dais, newsroom and text

May be an image of 8 people and dais

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 1 person and text


ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2024 2.06 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM