Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Rancang Kemudahan Dapur Bergerak Di Lokasi Banjir

Published: 08 Dec 2022 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Putrajaya, 7 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan kemudahan dapur bergerak di lokasi-lokasi bencana banjir di seluruh negara khususnya ketika tempoh pasca banjir.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-rancang-kemudahan-dapur-bergerak-di-lokasi-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:11 MYT
Putrajaya, 7 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan kemudahan dapur bergerak di lokasi-lokasi bencana banjir di seluruh negara khususnya ketika tempoh pasca banjir.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, berdasarkan pengalaman banjir sebelum ini, mangsa kerap berdepan dengan masalah untuk mendapatkan sumber makanan bersih.

Justeru, katanya, pihaknya bersedia menyediakan sumber makanan itu yang akan dikendalikan anggota dan kakitangan polis.

“Berdasarkan pengalaman banjir di Lembah Klang tahun lalu, kami dapati mangsa banjir sukar mendapatkan bekalan makanan yang elok dan selamat.

“Ketika banjir di Hulu Langat itu, makanan yang dihantar oleh badan pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta ada yang basi dan tidak selamat untuk dimakan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir oleh 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. kepada PDRM, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak di luar sana termasuk syarikat korporat yang mahu menyediakan kemudahan dapur bergerak.


Artikel Pilihan Polis Rancang Kemudahan Dapur Bergerak Di Lokasi Banjir

ArticlePublished 08 Dec 2022 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM