
Artikel
Artikel Pilihan Polis Pantau Kawasan Hotspot Pengemis Minta Sedekah Timbalan Kpn
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata, PDRM di peringkat negeri dan daerah diarahkan untuk membuat pemantauan terutama...
Alor Setar, 6 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau beberapa kawasan yang menjadi ‘hotspot’ pengemis jalanan meminta sedekah daripada orang awam khususnya di jalan raya yang sesak.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata, PDRM di peringkat negeri dan daerah diarahkan untuk membuat pemantauan terutamanya di kawasan bandar raya.
“Mereka (pengemis) biasanya dapat dilihat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan selalunya di kawasan sesak seperti di lampu isyarat.
“Mereka yang meminta sedekah pula terdiri daripada golongan dewasa dan belasan tahun, jadi tidak dinafikan memang berlaku isu pengemis ini,” katanya ketika ditanya mengenai isu pengemis etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).