Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Keluarkan Panduan Buat Laporan Kereta Ditunda Dicuri

Published: 25 Dec 2021 1.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, setiap laporan perlu dibuat pemilik kenderaan disertakan dengan maklumat lokasi kejadian bagi memudahkan dan mempercepatkan proses siasatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-keluarkan-panduan-buat-laporan-kereta-ditunda-dicuri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:42 MYT
Shah Alam, 25 Disember 2021 - Polis mengeluarkan beberapa panduan kepada orang ramai yang mahu membuat laporan berhubung kenderaan ditunda, dicuri, dipecah masuk serta rosak akibat banjir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, setiap laporan perlu dibuat pemilik kenderaan disertakan dengan maklumat lokasi kejadian bagi memudahkan dan mempercepatkan proses siasatan.

"Jika kereta dipecah masuk, pemilik kenderaan perlu menyatakan dalam laporan apa barang berharga yang hilang. Bagi kereta ditunda pula, dapatkan maklumat siapa yang berbuat demikian.

"Adakah mereka daripada pihak berkuasa tempatan, tanya butiran syarikat penunda itu dan di mana kenderaan itu dibawa untuk proses pembaikan.

"Pemilik kenderaan juga perlu merakam gambar bahagian kereta yang rosak. Banyak kenderaan terkesan dan mangsa mengalami kerugian. Pihak insurans memerlukan maklumat berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Sri Muda, di sini, hari ini.

ArticlePublished 25 Dec 2021 1.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM