Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Buru Individu Ugut Kpn

Published: 01 Dec 2020 2.08 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 1 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang lelaki yang membuat ugutan akan menembak mati Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dengan mendakwa dirinya sebagai ketua komander kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-buru-individu-ugut-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:55 MYT

Kuala Lumpur, 1 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang lelaki yang membuat ugutan akan menembak mati Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dengan mendakwa dirinya sebagai ketua komander kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Selain itu, suspek berkenaan juga mendakwa bahawa dia akan menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed berkata, suspek berkenaan didapati menghantar ugutan menerusi e-mel kepada media berhubung ugutan itu sedang dikesan untuk ditangkap.

Ekoran itu, beliau berkata pihaknya telah membuka dua kertas siasatan yang disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1907534

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Polis Buru Individu Ugut Kpn
ArticlePublished 01 Dec 2020 2.08 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM