Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pga Rampas Lebih 40 000 Liter Diesel Bersubsidi

Diterbitkan: 24 May 2022 3.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lima lelaki termasuk tiga warga asing ditahan manakala 45,500 liter diesel subsidi dianggarkan bernilai RM111,475 dirampas dalam serbuan Op Kontraban di kawasan perindustrian Kota Putri, Masai, dekat sini, malam kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pga-rampas-lebih-40-000-liter-diesel-bersubsidi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:19 MYT
Johor Bahru, 24 Mei 2022 - Lima lelaki termasuk tiga warga asing ditahan manakala 45,500 liter diesel subsidi dianggarkan bernilai RM111,475 dirampas dalam serbuan Op Kontraban di kawasan perindustrian Kota Putri, Masai, dekat sini, malam kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam kejadian jam 11.45 malam, semua suspek berusia antara 28 hingga 53 tahun itu, gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan itu.

"Ketika serbuan dibuat, semua suspek ini dilihat sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak diesel dari tangki berkapasiti 1,000 liter ke dalam tangki berkapasiti 20,000 liter.

"Hasil pemeriksaan, semua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan," katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.

Superintendan Dimin turut meminta orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di laluan yang tidak diwartakan melalui talian hotline 07-7557280 Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pga-rampas-lebih-40000...
Sumber: Berita Harian

PGA rampas lebih 40,000 liter diesel bersubsidi | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 24 May 2022 3.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM