
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Lawatan Ke Pelabuhan Lkim Tok Bali Dan Besut
Lawatan beliau di kedua-dua lokasi tersebut antaranya membincangkan mengenai pendekatan terbaik dalam menangani isu penyeludupan dadah menggunakan bot nelayan.
Pasir Puteh, 24 Mei 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan lawatan ke Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, di sini dan Besut, Terengganu.
Lawatan beliau di kedua-dua lokasi tersebut antaranya membincangkan mengenai pendekatan terbaik dalam menangani isu penyeludupan dadah menggunakan bot nelayan.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta) JSJN Bukit Aman, SAC M Kumar S Muthuvelu, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Technical Intelligence Analysis) JSJN Bukit Aman, ACP Choong Kok See, Pegawai LKIM Daerah Kelantan Selatan, Encik Mohd Azuan Zahari, Pembantu Perikanan Daerah Pasir Puteh, Encik Mohamad Nazri Ismail dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Besut, Encik Mat Aziz Omar.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM




















