Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Penyeludupan Daging Beku Di Sempadan Kelantan Sarawak Pengarah Kdnka

Published: 22 Dec 2020 3.10 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat kegiatan penyeludupan daging beku di sempadan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah negeri di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penyeludupan-daging-beku-di-sempadan-kelantan-sarawak-pengarah-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:29 MYT
Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat kegiatan penyeludupan daging beku di sempadan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah negeri di seluruh negara.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, antara negeri-negeri yang dikenal pasti menjadi lokasi kemasukan daging-daging beku secara haram ini ialah Kelantan dan Sarawak.

Beliau berkata, isu penyeludupan daging-daging beku ini bukannya isu baharu dan pihaknya sentiasa berdepan kes-kes seperti ini serta membuat tangkapan terhadap mereka yang didapati cuba membawa masuk barangan berkenaan secara tidak sah.

"Ya, memang ada kemasukan (daging-daging beku secara tidak sah). Penyeludupan daging beku ini banyak (kita buat tangkapan) dan pelbagai rampasan juga kami lakukan”, katanya kepada Bernama, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti brikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1915048

Sumber:
BERNAMA
ArticlePublished 22 Dec 2020 3.10 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM