Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Rakan Ditahan Bersama 21 Kg Heroin

Diterbitkan: 07 May 2024 8.41 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.15 PM
Ipoh, 7 Mei 2024 - Polis menahan dua lelaki dan merampas heroin seberat 21 kilogram (kg) berniiai RM262,275 dalam serbuan di Jalan Medan Simpang dekat Simpang, Taiping Jumaat lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dua-rakan-ditahan-bersama-21-kg-heroin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:54 MYT
Ipoh, 7 Mei 2024 - Polis menahan dua lelaki dan merampas heroin seberat 21 kilogram (kg) berniiai RM262,275 dalam serbuan di Jalan Medan Simpang dekat Simpang, Taiping Jumaat lalu.

Suspek berusia 41 dan 47 tahun itu diberkas kira-kira pukul 11.15 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Perak.
Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd. Yusri Hj. Hassan Basri berkata, ketika serbuan dibuat, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai nelayan dan pembantu kedai makan, berada dalam kereta Proton Waja.

Katanya, pemeriksaan dalam kereta menemukan guni berisi 46 bungkus plastik lutsinar dengan setiap bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin.
“Anggaran berat keseluruhan dadah berjumlah 21,037.10 gram. Dianggarkan jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 20,000 penagih.

“Kedua-dua suspek direman enam hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 07 May 2024 8.41 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.15 PM