
Article
Artikel Pilihan Pengasas Kk Mart Pengarah Dan Pengedar Stoking Kalimah Allah Dituduh Lukakan Hati Umat Islam
Shah Alam, 26 Mac 2024 - Tujuh pihak termasuk KK Super Mart & Superstore Sdn. Bhd. dan Xin Jian Chang Sdn. Bhd. yang juga pembekal stoking tertera kalimah Alla...
Shah Alam, 26 Mac 2024 - Tujuh pihak termasuk KK Super Mart & Superstore Sdn. Bhd. dan Xin Jian Chang Sdn. Bhd. yang juga pembekal stoking tertera kalimah Allah kepada rangkaian kedai serbaneka itu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.
Selain dua syarikat berkenaan, turut didakwa Pengasas, Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, 57, dan isterinya yang juga pengarah syarikat sama, Datin Seri Loh Siew Mui, 53, selain Pengarah Xin Jian Chang Sdn. Bhd. yang juga tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.
Lima individu berkenaan mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.
Mengikut pertuduhan, Kee Kan dan Siew Mui didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan umat Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan di KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. di Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, jam 6.30 pagi pada 13 Mac lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1228066/pengasas-kk-mart-pengarah-dan-pengedar-stoking-kalimah-allah-dituduh