Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Mesyuarat Jkmd Bil 1 Tahun 2024

Diterbitkan: 26 Mar 2024 9.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bil. 1 Tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-mesyuarat-jkmd-bil-1-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:13 MYT
Kuala Lumpur, 26 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bil. 1 Tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah membincangkan mengenai langkah-langkah membanteras gejala dadah selain menekankan beberapa pendekatan baharu bagi pencegahan dan pemulihan masalah sosial tersebut.

Selain itu, mesyuarat yang diadakan turut mengetengahkan isu melibatkan kemudahan makmal yang akan ditambah baik selain mempunyai pendekatan baharu berkaitan modus operandi komunikasi di mana tidak akan menggunakan pendekatan konvensional berdasarkan kumpulan sasaran yang berbeza di samping mempertingkatkan usaha langkah-langkah perundangan oleh pelbagai agensi.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Hjh. Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh dan Menteri KESIHATAN, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta wakil-wakil daripada barisan Kementerian, Jabatan serta Agensi.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 1 person, dais and text that says 'JABATAN SELAMATAN DALAM NEGE AN KETENTERAMAN AWA BUKIT AMAN POLISDIRAJAMALAYA ONKA UDARA FRU KOMANDO

May be an image of 11 people and text that says '@HAK JABATAN KESELAMA DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN RAMAN AWAM BUKIT ব8 ఆ'

May be an image of 3 people, the Oval Office, newsroom, dais and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 6 people, people studying, table, newsroom and text


ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2024 9.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM