Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Perkasa Kawalan Sempadan Menggunakan Cctv

Published: 20 Apr 2021 9.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, pemasangan CCTV ketika ini sudah dilakukan namun ia terhad seperti di kawasan Padang Besar, Perlis yang jaraknya kira-kira enam kilometer sahaja.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-perkasa-kawalan-sempadan-menggunakan-cctv
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:59 MYT
Kuala Lumpur, 20 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkasa kawalan sempadan negara menerusi penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) selain dron di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, pemasangan CCTV ketika ini sudah dilakukan namun ia terhad seperti di kawasan Padang Besar, Perlis yang jaraknya kira-kira enam kilometer sahaja.

Beliau berkata pihaknya sedang mempertimbangkan bagi meletakkan CCTV di kawasan-kawasan tertentu atau hotspot yang telah dikenal pasti memandangkan kos untuk meletakkan CCTV di sepanjang kawasan sempadan adalah tinggi.

"Sebenarnya ada (kawasan) yang telah dipasangkan CCTV yang hasilnya kita akan dapat sepertimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (beberapa tahun lepas) menunjukkan gambar terdapat anggota keselamatan yang terlibat membantu penyeludup," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.

Dato' Sri Abdul Rahim berkata dengan teknologi dron pula, pihaknya dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga manusia sebanyak satu batalion iaitu kira-kira 500 anggota dan tidak memerlukan sejumlah anggota yang ramai bagi menjaga serta mengawal sempadan negara.

"Dron akan terbang 24 jam dengan membuat kawalan keselamatan. Jadi, setiap apa yang berlaku, ia akan salurkan sebarang informasi kepada pusat gerakan untuk diambil tindakan," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1953870
Sumber:
ArticlePublished 20 Apr 2021 9.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM