Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Harap Tuah Cuaca Sepanjang Pelayaran Rmsir

Published: 18 Nov 2023 1.50 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Lans Koperal Muhammad Izzad Samdin, 32, yang bertindak sebagai skipper bagaimanapun berkata beliau enggan menetapkan sasaran terlampau tinggi kepada pasukannya pada acara sukan bertaraf antarabangsa itu memandangkan ia merupakan penyertaan julung kali PDRM dalam RMSIR.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-harap-tuah-cuaca-sepanjang-pelayaran-rmsir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:16 MYT
Klang, 18 November 2023 - Pasukan pelayaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharapkan keadaan cuaca memihak kepada mereka sepanjang Kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) edisi ke-33 bermula hari ini hingga 25 Nov.

Lans Koperal Muhammad Izzad Samdin, 32, yang bertindak sebagai skipper bagaimanapun berkata beliau enggan menetapkan sasaran terlampau tinggi kepada pasukannya pada acara sukan bertaraf antarabangsa itu memandangkan ia merupakan penyertaan julung kali PDRM dalam RMSIR.

Namun, beliau bertekad untuk menggunakan pengalamannya dalam arena pelayaran semenjak berusia 14 tahun bagi mengemudi kapal layar 'Penarik' dalam pertandingan kelas 6 bersama tiga trimmer iaitu Encik Aminul Rashid Razman, Inspektor Mohd Romzi Muhamad dan Tengku Mohd Amirul Asraf Tengku Othman.

“Cuaca sekarang tidak menentu jadi cabaran buat kami sebab kadang-kadang hujan, panas dan ribut. Jadi kita harap cuaca dan angin yang konsisten untuk habiskan perlumbaan.

“Lagipun, ini kali pertama PDRM sertai RMSIR jadi kalau tanya pasal sasaran saya mahu berlayar dahulu dan dari situ kita tentukan nanti,” katanya kepada Bernama sebelum perlumbaan empat lokasi bermula hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2245593

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pdrm Harap Tuah Cuaca Sepanjang Pelayaran Rmsir
ArticlePublished 18 Nov 2023 1.50 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM