Artikel
Artikel Pilihan Grup Jual Ketum Dalam Radar Unit Risikan Siber Jsjn
Pengarah JSJN, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, ini termasuklah aplikasi sosial Facebook, Instagram, X, TikTok, Telegram selain platform e-dagang se...
Kuala Lumpur, 18 November 2023 - Unit Risikan Siber di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia berterusan melaksanakan pemantauan di media sosial bagi kesan kegiatan pengedaran ketum di medium terbabit.
Menurutnya, perkembangan pesat teknologi secara tidak langsung mengubah modus operandi yang digunakan oleh pengedar-pengedar dalam menjalankan aktiviti pengedaran.
"Mereka mula menggunakan laman-laman sesawang e-dagang, aplikasi dalam telefon mudah alih seperti WhatsApp dan Telegram, laman sosial mahu pun 'dark web' sebagai medium pengedaran baharu.
"Saya memberi amaran keras kepada individu yang masih giat menjalankan perniagaan haram seperti penjualan daun ketum dan produk-produk berkaitan di laman media sosial agar dapat memberhentikan serta-merta aktiviti haram mereka," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../grup-jual-ketum-dalam...
Sumber: Sinar Harian