Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Cadang Kenderaan Guna E Plate Cegah Jenayah

Published: 04 May 2021 7.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 4 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya semua kenderaan di negara ini diseragamkan dengan 'e-plate' atau nombor pendaftaran standard dilengkapi cip keselamatan sebagai langkah untuk pencegahan jenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-cadang-kenderaan-guna-e-plate-cegah-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:57 MYT
 
Kuala Lumpur, 4 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya semua kenderaan di negara ini diseragamkan dengan 'e-plate' atau nombor pendaftaran standard dilengkapi cip keselamatan sebagai langkah untuk pencegahan jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Datuk Huzir Mohamed berkata, perkara itu antara dicadangkan jabatannya kepada kerajaan dalam menyaingi perubahan teknologi dan menghadapi trend jenayah semakin sofistikated.
"Sudah tiba masa negara kita menggunakan nombor pendaftaran standard dilengkapi cip keselamatan atau e-plate yang mana ia sudah lama digunakan di negara maju selain di Singapura dan Thailand.

"Kalau kita tengok, nombor pendaftaran standard tanpa cip keselamatan dipakai di Indonesia, Vietnam dan Laos tetapi kita masih menggunakan nombor pendaftaran yang cacamarba, termasuk nombor pendaftaran 'fancy' dan sebagainya.

"Sekiranya penggunaan nombor pendaftaran diseragamkan, ia dapat mencegah jenayah. Sukar untuk individu atau penjenayah membuat nombor pendaftaran palsu dan sebagainya kerana ia diselaraskan dan hanya satu badan atau jabatan membuat nombor pendaftaran.

"Disamping itu, ia akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketidakpatuhan pengguna jalan raya, termasuk tidak mematuhi lampu isyarat," katanya dalam program Ruang Bicara PDRM terbitan Bernama TV bertajuk "Trend Jenayah Semasa Penularan Pandemik COVID-19", malam tadi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-cadang-kenderaan-guna...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Pdrm Cadang Kenderaan Guna E Plate Cegah Jenayah
ArticlePublished 04 May 2021 7.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM